INFO TERKINI

LAWATAN PUSPANITA KPPK KE KILANG VANTAGE

Khamis - 24 November 2011 - Wan Noor Hadiayani

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Caw KPPK akan mengadakan lawatan ke Kilang Vantage seperti berikut:

Tarikh             :   2 Disember 2011

Masa               :   9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat           :   Kilang Vantage, Petaling Jaya

Sehubungan itu,  semua ahli PUSPANITA Caw. KPPK yang berminat untuk mengikut lawatan berkaitan dijemput hadir dan sila beri nama kepada Puan Masina di talian 3496 sebelum   25 November 2011. Sekian, terima kasih.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSPANITA KPPK KE LADANG ANGGUR SENDAYAN PADA 17 NOV 2011 (KHAMIS)

Wednesday, 09 November 2011 05:04 Wan Noor Hadiayani

HEBAHAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSPANITA KPPK KE LADANG ANGGUR SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN PADA 17 NOVEMBER 2011 (KHAMIS)

Adalah dimaklumkan PUSPANITA KPPK akan mengadakan lawatan ke Ladang Anggur Sendayan, Negeri Sembilan pada 17 November 2011 (Khamis). Di antara aktiviti yang akan diadakan adalah lawatan sambil belajar bagi proses penanaman anggur serta lawatan ke kebun buah-buahan.

Untuk makluman, bayaran masuk, minum pagi dan makan tengah hari adalah disediakan kepada semua ahli rombongan. Bas KPPK dijangka bertolak ke ladang tersebut pada pukul 8.30 pagi dan bertolak pulang ke KPPK pada pukul 2.00 petang.

Tempat adalah terhad kepada 13 orang sahaja. Kepada ahli-ahli PUSPANITA yang berminat sila berikan nama anda kepada Rohani (samb. 8362) sebelum atau pada 14 November 2011.

 

 

 

flower021.gif
Tarikh Kemaskini : 18 December, 2011 © PUSPANITA Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia 
Hak Cipta Terpelihara 2011

Slide Down Box Menu with jQuery and CSS3

 

 

 

 

 

Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

 

Puspanita KPPK adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian atau kehilangan daripada penggunaan maklumat daripada laman web ini